Search This Blog

Tuesday, July 13, 2010

Rindu

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan

Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan

Saturday, July 3, 2010

demam bola

WC tengah panas sekarang ni. demam bola mana2 je. ada yg gila2 minat sampai frust pun ada sebab pasukan pilihan kalah. brazil, portugal dan sepanyol pilihan aku. kalah dah semuanya. takdak dah yang nak di sokong. tapi sebenarnya aku pilih pun sebab saja je, orang pilih aku pun pilih je. saja2. huhu... anyway, hope sapa2 yang memilih tu pilih sekadar seronok2 je tau. jangan lebih2 plak. ada plak nanti nak musuh2 plak sebab pasukan pilihan kalah. pasukan mana pun yang menang tak pe. asalkan semangat bersukan tu ada.

jangan jadi macam aku. baru suka sikit dah demam. huhu... batuk, selsema, demam panas semua bercampur dah ni. bukan tak semangat kesukanan, tapi stamina dah kurang. sukan sekadar untuk memenuhi jadual yang ditetapkan. bukan untuk kesihatan. padan le muka aku. hahahha

apa2 pun, aku tabik pada yang memang selalu bersukan dan menjaga kesihatan.

majulah sukan untuk diri sendiri

insha allah... aku akan sihat setelah berehat dan telan ubat 2 - 3 hari ni...

:)

sincere and regards

Monday, May 31, 2010

Tuesday, May 18, 2010

hujan

hujan bagai memahami perasaan ini, sedang sedih mengenangkan dosa-dosa silam mengalir sudah air mata, hujan pula turun dengan lebatnya. bagai memahami perasaan ini
Subhanallah, hujan rahmat ini membasahi bumi sekian kalinya... bagai membasahi hati ini dengan limpah kurnia rahmat dari Mu Ilahi...

Allahu Akbar

Monday, May 10, 2010

hujan

hujan turun lagi membasahi bumi dengan rahmat Ilahi syukur Alhamdulillah

Wednesday, May 5, 2010

terkadang

terkadang bila melihat sesuatu pancaindera akan menilai dengan penilaian yang mengikut gerak hati, terkadangnya pula hanya sekadar melihat tanpa apa-apa perasaan dan penilaian yang dibuat. terkadang penilaian yang dibuat terkena, mengena, sipi-sipi, terkadang juga tidak masuk akal langsung. terkadang firasat melontarkan penilaian yang benar-benar berlaku, terkadangnya pula ia hanyalah bayangan, omongan, perasaan yang hanya sekadar di pinggiran. terkadang bila meluahkan kata-kata tidak terlintas ada yang akan menilai dari alif hingga ya. terkadang bila membisu ada juga yang menilai dari a hingga z. terkadang bila melihat dunia, bosan dengan apa yang melata di atasnya. terkadang bersyukur tidak terhingga kerana melatanya yang di muka bumi dan alam fana ini adalah penguat semangat untuk meneruskan hidup yang sementara. terkadang jiwa meronta mencari kekuatan untuk melawan segala keperitan. terkadang jasad mengharap datangnya tangan menghulurkan bantuan meneruskan kehidupan. terkadang akal buntu mencari jawaban mana yang benar mana yang mungkar. terkadang juga yang mungkar jadi pilihan yang benar ditinggalkan. terkadang perlunya perhatian dalam dan mendapat pujian dari apa yang disumbangkan. terkadang biarlah hanya Allah sahaja yang bisa membalaskan. terkadang...

Tuesday, May 4, 2010

andai ku tahu

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

chorus:
aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

ahh...

Friday, April 9, 2010

tak sihat

malam ini aku rasa macam nak demam. batuk batuk pulak tu. batuk rasa sangkut kat dada. adoy sesak rasa dada ni. herm... nak ke klinik lagi ke? tak best nye... takpe, try dulu minum air suam/mineral. klu tak jalan gak, sok kena gak pegi klinik. sekarang ni daya imunisasi dah menurun dah agaknye tu sebab sat sat demam, sat sat batuk, sat sat pening, sat sat sakit badan. haish aku ni, tak sabar dengan ujian lah. sabar... mungkin dengan sakit2 ni boleh hapus dosa, Insha Allah...

Thursday, April 8, 2010

kemaafan dendam yang terindah.... benarkah?

berlibur di rumah

sekarang ni libur tak men dah kuar umah. liburan di rumah je. tgk fb, surf internet. tgk tv. baca majalah. baca buku. sampai lebam. bila dah tak larat menung jap. peh tu kalau dah tak larat lagi. tidur je la. erm... maleh dah nak keluar2 skg ni. tak larat dah. penat + buang tenaga + buang masa. sekali2 bleh le kuaq.